Pemilihan susu untuk bayi bawah setahun

Pemilihan susu untuk bayi bawah setahun

Write By: admin Published In: Memilih Susu Yang Baik Hits: 427

[6 bulan ke bwh vs 6 bulan ke atas]

Ramai ibu-ibu yang baru habis pantang mencari-cari susu yang sesuai untuk anak kerana ibu-ibu ini bekerja. Apakah jenis susu yang si ibu ingin beri pada anak?
Susu lembu, susu kambing, susu formula atau susu soya kah?
Apakah sebenarnya yang anak anda perlukan? Adakah anak anda betul2 memerlukan susu?

Menjawab persoalan di atas, perlu dibahagikan kepada 2 kategori;

(A) kategori 6 bulan ke bawah
(B) kategori 6 bulan ke atas

Kategori (A)
Apa yang anak anda perlukan di usia 6 bulan ke bawah?

Ada dua hal:
1. Bayi menyusu ketika si ibu berada di rumah
2. Bayi tidak menyusu susu ibu langsung

Hal no. 1
Si ibu bekerja dan berasa risau akan nutrisi anak kerana tidak dapat memberikan susu sepenuh masa, tetapi masih boleh menyusukan anak apabila berada di rumah. Si ibu boleh beri susu formula kepada anaknya tetapi dengan jumlah skop susu yang sedikit. Sedikit di sini bermaksud 1 -2 skop susu formula sudah memadai untuk sekali minum. Tak perlu ikut aturan yang terdapat pada kotak susu. Ini kerana si ibu masih mampu menyusukan anak. Insyaallah anak sihat dan normal seperti biasa.

Hal no. 2 (sila rujuk dengan doktor kanak-kanak terlebih dahulu)
Bayi ini tidak berpeluang langsung mendapatkan susu ibu. Sila beri susu formula mengikut aturan yang terdapat pada kotak. Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah memerlukan makro dan mikro nutrien yang lengkap. Susu formula di Malaysia menepati standard nutrisi yang lengkap untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan. Tetapi, pastikan susu tersebut ialah susu formula yang sesuai untuk bayi 6 bulan ke bawah.

Kategori (B)
Bagaimana pula untuk bayi berusia 6 bulan ke atas?

Menurut World Health Organization (WHO), bayi berusia 6 bulan ke atas memerlukan nutrisi yang lengkap daripada sumber makanan yang seimbang. Susu hanyalah sebahagian daripada makanan seimbang.

Jadi, adakah mereka memerlukan susu formula? Jawapannya tidak, kerana mereka sudah boleh menerima makanan-makanan lain (bukan semua makanan kerana usus belum cukup matang), dan sumber nutrisi boleh didapati daripada makanan pejal yang mereka makan. Mereka juga perlu minum susu untuk mendapatkan kalsium dan sebagainya, tetapi bukan susu formula. Susu formula hanya sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah (kategori A) yang tidak dapat menyusu ibu sepenuhnya kerana mereka tidak dapat makan makanan lain selain dari susu ibu sahaja.

Anda mempunyai anak berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula?

Jangan ajar anak anda minum susu seharian tanpa sebarang makanan pejal. Ajarlah anak anda makan bubur nasi/ nasi lembik. Anda boleh jimat banyak duit kerana susu anak anda akan lambat habis. Anda boleh beri anak anda minum susu sehari 2 atau 3 kali sahaja. Apa yang anda akan dapat kalau anda ikut nasihat di atas?
Anda akan dapat 3 perkara
1. Anak anda mendapat nutrisi lengkap dengan pemakanan yang seimbang
2. Anda anda belajar makan makanan pejal dan kenyang (kenyang minum susu tak sama dengan kenyang makan makanan pejal)
3. Anda dapat jimat banyak duit kerana tidak terlalu bergantung kepada susu tepung. Kalau dulu seminggu kena beli 2 kotak susu, selepas anda amal nasihat di atas anda mungkin hanya perlukan 1 kotak susu sahaja untuk stok selama seminggu.

********************

Nota untuk ibu-ibu yang anaknya berusia 6 bulan ke bawah.

Bayi yang baru lahir sehingga berusia 6 bulan memerlukan PENYUSUAN SUSU IBU yang lengkap. Kaedah penyusuan dan perkara yang berkaitan adalah di bawah bidang Perunding Penyusuan yang BERTAULIAH dengan International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC).

Bagi ibu-ibu yang mengalami kesulitan kerana bekerja dsb, ada beberapa panduan:

Cari ibu susuan
Pump susu untuk simpanan
Dapatkan nasihat doktor untuk memilih susu formula

Bayi di usia 6 bulan ke bawah yang langsung tidak dapat susu ibunya memerlukan nutrisi yang lengkap. Susu formula di Malaysia kebanyakan mematuhi akta makanan 1983. Pastikan ianya ditulis SUSU FORMULA (di kotak @ pembungkus) dan sesuai untuk 6 bulan ke bawah. Jangan salah pilih susu.