Puremil Penuh Krim

Product Code: Puremil Penuh Krim

Availability: 197

Price: RM35.00
  • 12 or more RM30.00
Qty:

Susu Puremil adalah susu full cream yang dihasilkan dengan formulasi susu lembu terbaik.

✅ Berada di pasaran sejak Januari 2017

✅ Dihasilkan di kilang bumiputera Islam di Kuala Kangsar, Perak

✅ Mendapat piawaian Islamic Manufacturing Practice (IMP) dan Sijil Halal daripada JAKIM.

 

Bahan Istimewa Dalam Susu Puremil :

Susu ini ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3 yang mendapat pengiktirafan daripada IFOS (The International Fish Oil Standards). Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan DHA, EPA dan Omega 3 ini sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.

 

Siapa yang sesuai minum Susu Puremil ?

Susu Puremil adalah untuk bayi atau kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas hingga orang dewasa. Susu Puremil sangat baik untuk ibu hamil dan ibu menyusu untuk mendapatkan keperluan kalsium yang tinggi.

 

7 Kelebihan dan Kebaikan Susu Puremil

1. Susu Puremil menambah selera makan anak-anak kerana ia mengandungi Vitamin B12 dan zink. Anak-anak yang bergantung kepada susu sahaja akan mula berselera untuk makan makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan.

2. Susu Puremil ditambahbaik dengan DHA+EPA dan Omega 3 yang terbukti sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.

3. Anak-anak juga bebas daripada masalah gigi cepat rosak kerana Susu Puremil tidak mengandungi gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu, ataupun gula putih).

4. Anak-anak juga lebih kenyang dan tidak kerap meminta susu . Ini kerana anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dan terhindar dari masalah kekurangan nutrisi (malnutrition) atau “lapar tersembunyi”.

5. Susu Puremil juga sangat menjimatkan kos ibu bapa untuk membeli susu kerana hanya 3 skop sahaja diperlukan untuk setiap hidangan. Hanya perlu minum 3 kali sehari sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi anak-anak anda. 25 bancuhan dapat dibuat bagi setiap kotak Susu Puremil. 1 kotak Susu Puremil dapat bertahan selama 8 hari jika mengikut sukatan susu yang ditetapkan iaitu 3 skop untuk 3 kali minum sehari.

6. Susu Puremil sesuai diminum oleh orang dewasa yang mementingkan kesihatan kerana mengandungi DHA+EPA dan Omega 3 yang baik untuk otak, Kalsium yang tinggi untuk mencegah osteoporosis ,Vitamin D membantu penyerapan kalsium yang lebih efektif, Vitamin B untuk kecantikan kulit dan juga Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun dalam badan.

7. Susu Puremil boleh dibancuh dengan sangat mudah tanpa menggunakan air panas atau air suam. Untuk membasuh juga sangat senang dan cepat kerana susu tepung Puremil tidak melekat pada puting dan botol susu .

Write a review

Note: HTML is not translated!
Bad           Good