SUSU PUREMIL ~ KHASIAT SUSU SEBENAR

SUSU PUREMIL ~ KHASIAT SUSU SEBENAR

Write By: admin Published In: Memilih Susu Yang Baik Hits: 415

Susu Puremil memberikan khasiat sebenar susu sepertimana susu merupakan satu hidangan di dalam piramid makanan yang penting bagi tubuh badan untuk mendapatkan gizi yang seimbang. Susu secara semulajadinya merupakan minuman/makanan yang paling tinggi kandungan kalsium dan memainkan peranan penting untuk setiap peringkat umur bermula dari kanak-kanak hingga dewasa termasuk ibu hamil, ibu menyusu dan orang tua.

*susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Namun demikian, bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas hingga dewasa, keperluan kalsium sangat penting untuk keperluan tubuh badan. Di samping mengamalkan pemakanan yang baik dan seimbang, susu segar atau susu Puremil boleh dijadikan minuman berkhasiat sebagai pelengkap gizi yang seimbang.

Kami pengguna seperti anda, dan inilah yang kami inginkan untuk anak-anak dan keluarga kami. Semoga susu Puremil membawa manfaat untuk kita semua.